KAMUSGAMBAR.COM

  

MASALAH DAN TIP-TIP BERGUNA

UNTUK IBU MENGANDUNG


3. 10 Tip Elak MORNING SICKNESS



     Anda mengalami rasa mual pada awal pagi?. Jangan risau kerana ia adalah normal dialami oleh wanita yang hamil terutama sekali di awal-awal kehamilan. Ini menyebabkan anda rasa tidak selesa dan memenatkan. Banyakkan bersabar kerana rasa mual ini akan hilang apabila kehamilan mula sampai ke hujung peringkat awal kehamilan (bulan ketiga).


Berikut adalah 10 tip mengurangkan rasa mual anda pada waktu pagi :


1. Banyakkan rehat.
    Rasa mual akan menjadi lebih teruk sekiranya anda mengalami stress.
    Gunakan maternity body pillow untuk mengampu punggung dan perut untuk
    memastikan anda tidur malam dengan lebih selesa.


2. Makan sedikit tetapi kerap.
    Rasa mual akan bertambah sekiranya anda membiarkan perut anda kosong.

     
3. Kurangkan waktu anda berada di hadapan komputer.
    Kurangkan waktu anda duduk di hadapan komputer. Ini kerana paparan
    monitor yang berkelap-kelip berkaitan dengan morning sickness anda.
     

4. Lakukan beberapa pergerakan tubuh.
    Jangan habiskan masa anda dengan hanya berbaring. Ia akan hanya
    menjadikan badan anda terasa lesu.

5. Jus minuman.
    Untuk mengelakkan rasa mual, anda digalakkan mengambil jus epal yang
     ditambah dengan sedikit madu.

6. Buah-buahan.
    Makanlah buah epal. Buah ini juga boleh menghilangkan rasa mual anda.

7. Asam.
    Anda juga digalakkan untuk makan buah pir atau asam kerana ia dapat
    mengurangkan kesan morning sickness.

8. Pisang dan kentang.
    Makan pisang dan kentang panggang sebagai sarapan pagi dapat
    membantu mencegah morning sickness kerana ia mempunyai potasium
    dalam kandungannya.

9. Pakaian.
    Baju yang ketat terutama di bahagian pinggang boleh meningkatkan lagi
    rasa mual. Jadi, pakailah pakaian mengandung yang selesa dan tidak ketat.

10. Vitamin.
    Ambil vitamin untuk kanak-kanak sebagai pengganti vitamin prenatal
    biasanya. Anda juga digalakkan mengambil sandwich kacang dengan madu
    atau bijian dengan susu sejuk.
    Selain itu cubalah melalui morning sickness anda dengan aktiviti yang boleh
    membuat anda lebih releks. Contohnya seperti menonton TV, bermain puzzle
    kad atau membaca buku.
    Bagi mereka yang beragama Islam amat digalakkan membaca Al-Quran.